Kami sedang mengolah kembali blog ini

Selasa, 16 Februari 2010

Cetak T-shirt Sendiri Kaedah DTG Printing

Sila Klik untuk paparan video klip cetakan DTG

video

1. Apakah itu DTG Printing ?

DTG printing adalah singkatan daripada Direct To Garment printing. Ia merupakan satu teknologi terbaru bagi mencetak terus
ke atas fabrik khususnya T-shirt dengan menggunakan mesin pencetak digital inkjet yang direka khas.

2. Apakah Jenama dan Model yang kami gunakan ?
Di pasaran, terutamanya di luar negara terdapat beberapa jenama Direct To Garment printer yang antaranya ialah seperti Ana jet, T-jet, SWF East, Kornit dan Brother. Seperti yang diketahui huruf "DTG" adalah singkatan dari Direct To Garment dan dalam masa yang sama ia juga adalah satu jenama bagi mesin percetakan DTG. Kami menggunakan mesin jenama DTG. Mesin percetakan ini mempunyai resolusi cetakan 1440 x 1440 dpi.

3. Apakah jenis dakwat yang digunakan ?
Ia menggunakan sejenis dakwat khas yang diimport dari Jepun untuk kegunaan fabrik kain kapas serta tidak mudah luntur. Permukaan fabrik yang hendak dicetak akan melalui satu
proses semburan sejenis bahan kimia cecair yang biasanya disebut “coating”. Molikul dakwat dan “coating” akan bertindak seiringan dengan fabrik dan membentuk ikatan kukuh yang biasanya ditakrifkan sebagai "bonding agent". Sebab itu ia tidak mudah luntur.

Warna-warna asas cetakan DTG ialah CMYKW dimana C – Cyan, M- Magenta, Y - Yellow, K – Black dan W – White.

4. Apakah kain kapas sahaja sesuai untuk cetakan DTG ?
Buat masa ini cetakan DTG hanya sesuai untuk kain kapas (cotton) sahaja ataupun mana-mana fabrik yang mengandungi sekurang-kurang 65% ka
ndungan kapas. Penggunaan DTG untuk fabrik lain yang berasaskan petroleum seperti seperti polyster, quick dry, micro fabric, satin dan sebagainya masih belum meluas dan dikhabarkan dakwat yang direka khas untuk tujuan tersebut masih belum mencapai standard industri.

Buat masa ini kami menyediakan T-shirt kolar bulat dari pelbagai warna, bagaimanapun warna asas T-shirt kebanyakannya adalah hitam dan putih.

5. Apakah perbezaan antara silk screen printing dengan DTG printing ?
Silk screen printing menggunakan bancuhan warna dye secara manual dan ia diterapkan ke atas permukaan fabrik melalui “blok” yang terdiri daripada frame kayu atau aluminium serta screen halus yang telah tersedia imej. Sekiranya sesuatu rekabentuk terdapat 4 warna, maka perlulah membuat 4 atau 5 blok. Ini bermakna setiap rekabentuk perlu malalui 4 atau 5 kali cetakan. Bagi rekabentuk yang mempunyai banyak warna atau ada tone colour, kaedah pisah warna perlu dilakukan tetapi ia memerlukan kuantiti yang banyak barulah berbaloi. Secara amnya silk screen printing sesuai untuk kuntiti yang banyak.


Hasil cetakan silk screen adalah agak kasar kerana warna dye banyak tertumpu di permukaan dan hanya sedikit sahaja yang meresap ke dalam fabrik. Lama-kelamaan warna dye tersebut akan kelihatan merekah atau pecah.

DTG printing mencetak secara automatik mengikut rekabentuk yang tertera di monitor dan tidak perlukan blok. Cetakan DTG dilakukan sekali sahaja untuk semua warna, oleh itu ia amat cepat. Maka dengan itu ia membolehkan kita mencetak walau sehelai T-shirt.

Oleh kerana proses cetakannya berbentuk ink jet, ia membolehkan dakwat terus kekal berada di dalam fabrik dan mengekalkan permukaan yang licin.

6. Apakah perbezaan antara heat transfer printing atau iron-on dengan DTG printing ?
Istilah heat transfer printing digunakan dalam industri manakala bagi mereka yang suka mencetak T-shirt secara hobi menamakannya sebagai iron-on. Konsepnya tetap sama tetapi peralatannya saja yang berlaian serta hasil dan kualiti yang berbeza. Ia biasanya digunakan untuk cetakan T-shirt warna putih sahaja.

Kaedah heat transfer printing dalam industri menggunakan heat press machine untuk memindahkan imej dari heat transfer paper ke atas T-shirt. Kepanasan suhu dan kekuatan tekanan adalah konsisten. Dalam industri, ia menggunakan dakwat khas untuk mencetak ke atas heat transfer paper supaya ia tidak mudah luntur.

Bagi yang menggunakan cara iron-on, ia hanya melakukan dengan seterika biasa. Oleh kerana seterika tidak mampu memperolehi suhu kepanasan yang tinggi dan pergerakan seterika yang tidak tetap maka pemindahan imej dari iron-on paper ke atas T-shirt tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Tambahan pula dakwat yang digunakan lazimnya adalah untuk mencetak kertas tetapi digunakan pula untuk mencetak T-shirt, sudah tentulah ia mudah luntur selepas beberapa kali basuhan.

Bagi cetakan T-shirt berwarna, dalam industri menggunak
an teknik print & cut sticker. Untuk mereka yang suka-suka buat T-shirt pula menggunakan iron-on sticker iaitu sejenis sticker polimer yang biasanya dalam saiz empat segi atau digunting mengikut rekabentuk. Sebenarnya sticker ini tidak mempunyai perekat yang kuat, oleh itu seterika perlukan kepanasan yang tinggi bagi mencairkan bahagian bawah sticker untuk menghasilkan perekat. Bagi mereka yang kurang arif, kepanasan seterika yang rendah menyebabkan sticker kurang melekat manakala kepanasan yang terlalu tinggi akan mencairkan sebahagian besar sticker dan seolah-olah terbakar. Risikonya sticker sering terkopek terutamanya di setiap penjuru yang tajam dan mudah pecah secara melintang.

Sebenarnya saya berpengalaman selama 8 tahun dalam heat transfer printing sebelum beralih ke DTG printing. Bagi penghasilan T-shirt putih mungkin nampak sama apabila menggunakan heat transfer printing dan DTG printing. Ini kerana kedua-duanya dapat mencetak ke atas T-shirt dengan apa jua imej. Namun demikian, heat transfer printing cuma memindahkan im
ej ke atas permukaan T-shirt sahaja tetapi dakwatnya tidak masuk ke dalam fabrik. Berlainan dengan DTG printing yang terus memasukkan dakwat ke dalam fabrik dan akan kekal di situ.

Satu kelebihan DTG printing ialah dapat mencetak T-shirt dari pelbagai warna. Ini kerana DTG printer mempunyai dakwat berwarna putih yang bertindah sebagai “white underbase”, maka warna-warna lain akan dicetak di atas warna putih tersebut. Maka setiap rekabentuk akan dicetak sama seperti yang tertera di monitor dan bukannya berbentuk empat segi seperti yang dilakukan menggunakan heat transfer printing.

7. Apakah cetakan DTG akan mengambilalih cetakan silk screen atau heat transfer printing ?
Jawapannya tidak ! Cetakan Silk screen dan heat transfer printing mempunyai segmen pasaran dan kekuatannya yang tersendiri. Manakala DTG printing lebih memfokuskan kepada pelanggan yang memerlukan cetakan yang lebih personalised, cepat, ilustrasi atau imej yang kompleks dan mempunyai tone color. Yang terpenting ia boleh dicetak walau untuk kuantiti sehelai.

8. Berapa lama untuk mencetak sehelai T-shirt yang mempunyai rekabentuk bersaiz A4 ?
Bagi proses “coating” dan mencetak untuk rekabentuk bersaiz A4 tidak sampai 10 minit. Itupun jika rekabentuk telah tersedia.

9. Berapa beasar saiz yang boleh dicetak oleh DTG printer ?
Ia boleh mencetak sekecil saiz logo yang biasanya berukuran 2" x 3", manakala saiz yang popular ialah A4. cetakan maksima ialah saiz A3.

10. Bolehkah saya menghantar rekabentuk sendiri untuk tujuan cetakan ?
Sudah tentu boleh. Anda boleh menghanta
r apa jua rekabentuk samada gambar, text atau ilustrasi dalam format jpeg, ai., pdf., psd., gif, tif atau bmp. Jika anda menggunakan scanner, cukup dengan resolusi 300 dpi.

11. Bolehkah saya hanya menghantar draf yang mengandungi text atau gambar sahaja ?
Bagi rekabentuk ringkas, kami tidak mengenakan apa-apa bayaran yakni F.O.C. Kecualilah yang agak kompleks dan memerlukan banyak kerja-kerja editing.

12. Bolehkah saya download apa-apa imej dari internet untuk dicetak ?
Sudah pasti ! Tetapi pastikan ia tidak menyalahi hak cipta empunya ! Sila pastikan anda download imej yang sederhana besar atau yang besar. Ini adalah kerana kebanyakan imej-imej dalam internet bersaiz kecil.


13. Siapakah yang sering mencetak kaedah DTG printing ?
Pelanggan terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara. Kebanyakannya berkehendakkan cetakan mereka sendiri samada ilustrasi yang berbentuk gambar, text atau grafik. Kami sering menerima cetakan grafik untuk asignment dari pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang mengadakan kursus kreatif art & design seperti UiTM, Unisel, Unitar, Lim Kok Wing, MMU, UniKL dan sebagainya.

Dari sektor industri pula, tempahan diterima terutama dari produksi filem atau drama yang memaparkan watak-watak utama dalam karya mereka untuk tujuan promosi.

14. Bolehkah saya mendapatkan cetakan dalam kadar segera ?
Anda boleh terus datang ke kedai kami di Plaza Alam Sentral untuk membuat tempahan segera.

15. Bolehkah saya membeli secara online ?
Sudah pasti ! Kami membuat penghantaran dalam dan luar negara. Anda boleh membayar melalaui PayPal atau melalui bank transfer seperti MayBank2U atau terus ke akaun kami di lain-lain bank. Sila hubungi kami untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Email Form


Your Name
Email Address
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF HTML Forms